Mar 202015
 

Pengguna produk kecantikan dan kesihatan pada hari ini sudah pun mengetahui bahaya produk yang mempunyai bahan kimia. Maka tidak hairanlah pada ketika ini ramai pengguna produk kecantikan dan kesihatan memilih produk yang mengandungi bahan semula jadi seperti herba.

Tidak terlepad dalam penjagaan dan rawatan kulit juga ramai pengguna memilih produk berasaskan herba.

Mungkin anda pernah dengar dan tahu berkenaan daun mint, biasanya daun mint digunakan untuk menambah rasa mint pada makanan atau minuman,tetapi pada ketika ini ianya dapat dijadikan bahan untuk merawat dan mencantikkan kulit dan wajah.

daun-mint

 

Manfaat Daun Mint untuk Kulit

Daun Mint ternyata bermanfaat untuk merawat kulit kerena sifatnya yang anti peradangan sehingga dapat menyembuhkan iritasi pada kulit Anda.

Menghilangkan Bekas Jerawat

Jerawat yang tumbuh di muka akan meninggalkan bekas seperti kulit wajah menjadi tidak rata. Mengikut penyelidikan yang dipercayai daun mint dapat menghilangkan bekas jerawat tersebut.

Mengubati Jerawat

Menghilangkan jerawat juga salah satu fungsi dari daun mint, dengan kandungannya yang mempunyai vitamin A dimana logiknya ia membantu membatasi produksi minyak dalam kulit.

Sorry, the comment form is closed at this time.