Mar 112015
 

Kunyit merupakan tumbuhan yang mudah membiak di atas tanah. Persekitaran nusantara yang lembab sepanjang tahun menjadikan tumbuhan ini mudah untuk membiak dan secara tidak langsung ianya mudah di dapati.

Namun yang demikian tidak ramai yang mahu menanamnya disebabkan ianya hanya menjadi perencah dalam masakan dan orang lebih gemar menggunakan produk siap seperti serbuk kunyit dalam masakan.

7 Khasiat Kunyit

kunyit-daun

Selain menjadi bahan pewarna asli dalam masakan, kunyit boleh diuganakan untuk mengubati penyakit. Mengikut kajian, kunyit mempunyai sejenis bahan aktif iaitu disebut sebagai Curcumin dalam bahasa saintifik.

Dari segi penjagaan kulit, kunyit dipercayai dapat membunuh bakteria yang ada pada kulit dan dapat mengecutkan jerawat yang tumbuh membiak.