Mar 132015
 

Rasa macam tak lengkap kalau mandi tak pakai sabun. Jadi apakah manfaat sabun mandi?

Manfaat utama penggunaan sabun mandi adalah untuk melindungi kulit tubuh kita dari jangkitan kuman dan bakteria yang melekat pada kulit kita akibat dari aktiviti harian yang kita lakukan sepanjang hari.

Dengan penggunaan sabun mandi kita akan merasa lebih segar berbanding mandi tanpa menggunakan sabun. Ini kerana bahan-bahan yang terdapat dalam sabun itu boleh menjadikan bahan-bahan yang terdapat dalam sabun itu meresap kedalam kulit dan hasilnya badan kita boleh menjadi lebih segar dan wangi.

Oleh yang demikian ketika anda membeli sabun lebih elok mengenalpasti isi kandungan yang ada pada sabun tersebut. Pada ketika ini banyak sabun yang di hasilkan mengandungi bahan-bahan yang dapat membantu memenuhi keperluan anda.

Sebagai contoh sabun yang mengantungi bahan aktif seperti kunyit dapat mengecutkan penyakit kulit jerawat.